KATA - KATA HIKMAH

JOM CHATTING!!



SOAL SELIDIK

GUEST FROM

free counters



Saya tertarik dengan penulisan M-I-O yang bertajuk ‘Kenapa pendekatan dakwah menemui kegagalan’. Antara lain beliau menyebut tentang kesamarataan antara daei (pendakwah) dengan mad’u (objek dakwah). Dan ada perenggan yang menyebut:
Zaman saya belajar dahulu, kawan yang berjubah kerapkali geleng kepala tengok kelibat kawan yang tak cukup kain. Kawan yang tak cukup kain pula selalunya angkat kening lihat kelibat kawan yang berjubah.
Dakwah asalanya dari perkataan Arab da’a yang bermaksud seru, atau ajak, atau panggil. Saya ni belajar Arab tak habis so tak boleh la nak hurai panjang2 tentang maksud perkataan tu dari segi bahasanya. Tapi dakwah tu adalah satu perkataan yang mendalam maknanya.
Dakwah itu bukan dengan pergi ke dalam kalangan orang berbaju ketat nampak tuuutttt dan berkata “Wahai wanita, tutuplah auratmu jika tidak mahu dimasukkan ke dalam api neraka”. Itu adalah ‘pengumuman’ atau ‘pemberitahuan’. Sesuai dengan maknanya, method dakwah lebih kepada MENGAJAK. Pendakwah ialah mereka yang mengajak orang lain untuk sama2 berbuat kebaikan.
Kerana itu Allah nukilkan dalam Kitab Suci:
“Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan” – (Surah As-Saff: 2-3)
Selain dari membawa mesej supaya ‘cakap serupa bikin’ ia adalah supaya kita sama2 mengajak orang lain untuk bersama2 melakukan perkara yang dituntut dan disukai Allah.
Pemakai pakaian dakwah (biasanya orang refer jubah & tudung labuh ni sebagai ‘pendakwah’) yang memandang jelek pada golongan yang kontra dengan mereka, adakah layak dipanggil pendakwah? Title pendakwah itu bukan dilihat pada pakaiannya. Labuhnya jubah, labuhnya tudung, bukanlah tanda labuhnya iman.
Dakwah itu adalah tugas setiap orang, kerana manusia adalah makhluk yang bodoh dan sombong, yang mana dulunya sanggup menerima jawatan khalifah di muka bumi, setelah malaikat pun menolak jawatan itu. Nah, tengok hari ni, siapa yang jadi khalifah bila anak kecil dibunuh dan disakiti, ibu bapa diherdik dan dibuang di tepi jalan, rumah tangga tunggang terbalik, etc.
Sabda Rasulullah SAW “Balaghu ‘anni wa lau ayah” – sampaikan dariku walau satu ayat. Itu adalah untuk semua, bukan untuk golongan bertudung labuh, berserban atau berjubah.
Pakaian, walau setebal mana selabuh mana, bukan ukuran untuk menjadi benteng api neraka, sekiranya pakaian taqwa tidak ada.
“Dan pakaian yang taqwa itulah yang sebaik-baiknya.” (Al-A’raaf: 26)
Rasulullah SAW bersabda “Sesiapa yang melabuhkan kainnya kerana sombong, nescaya Allah tidak akan memandangnya di hari akhirat” (HR BUkhari & Muslim)
Pakaila apa pun, tudung ariani, tudung bawal, tudung ekin, tudung saji, tudung periuk ke, asalkan niat adalah untuk menutup aurat demi memenuhi tuntutan agama, lillahi taala. Pakai tudung kalau nak suruh orang nampak kita baik, besok2 pegila tuntut pahala/syafaat dengan orang tu.
Berbalik kepada soal dakwah, dakwah is not as simple as memberi peringatan kepada golongan yang kontra supaya mengikut saluran yang betul dan bengang bila mereka tak ikut cakap. Ada tahapan-tahapan dan prosedur2nya.
Dakwah adalah sesuatu yang bersistem, dan berperingkat, bukan main boooh aje. Ada beberapa tahapan atau marhalah. untuk menjamin keberkesanan dakwah Marhalah yang pertama dan terpenting adalah taaruf, atau pengenalan. Nak berdakwah mestila orang kena kenal dengan kita. Sebab dakwah itu bukan suruh, tapi ajak. Macamana nak ajak orang kalau orang tak kenal, kan?
Dan taaruf di sini, bukan sekadar kenal nama sapa, duduk mana je, tapi kenal sebagai kawan. Kata kuncinya, golongan jubah mesti berkawan dengan golongan tak cukup kain (dotdot). Tapi syaratnya golongan jubah haruslah kuat semangat dan niat semata2 kerana Allah untuk mengajak orang, bukannye nanti dia pulak yang terjebak. Apa kes plak tuhhh.
Bila dah kenal, dah kawan, dah ambil berat, dah sayang… mestila golongan jubah ni tak sanggup tengok kawan dia terus di dalam keadaan yang dimurkai Allah. Haruslah dia nak kawan dia pun sama2 masuk syurga dengan dia. Maka sampaila ke marhalah ke dua yakni pembangunan iman. Bukannya bagi ceramah 15 minit tentang keimanan, tak.. tapi dari segi perbuatan dan perbualan yang secara indirect menyentuh pada soal2 keimanan.
Contohnya, bila keluar ke bandar bersama, masuk waktu solat, si jubah berkata kepada si dotdot “Alamak dah masuk waktulah, jom cari masjid. Aku takutlah lambat2kan solat nanti Allah masukkan kita dalam golongan yang lalai. Taknak aku masuk neraka.. aku takuttt, api neraka tu panasss sangat. Panas api kat dunia ni pun aku dah tak tahan!” See, si Jubah takde pun suruh si DotDot pegi solat ke, tapi ada daya mengajak di situ. Yang si dotdot nak ikut ke taknak ke tu bukan soal dia. Memang take time tapi itu la strategi namanya.
Lepas tu, bila dalam hati si DotDot dh terserap dengan cara hidup si Jubah yang penuh dengan amal soleh, maka tugas si jubah seterusnya ialah dengan membantu si DotDot menyelesaikan urusan agamanya. Maksudnya, kalau selama ni si DotDot hidup begelumang maksiat, bantu dia supaya jauhkan maksiat tu. Cuba ajak dia join usrah ke ceramah ke daripada pergi berjoget kat kelab. Mungkin hari ni dia taknak, tapi Allah itu Maha Mengetahui.
Apa yang penting.. kerjaaasamaaa! Hehe, apa yang penting ialah si daei mesti berakhlak mulia dan tunjukkan contoh yang baik kepada mad’u. Akhlak mulia tu bukannya kena duduk masjid 20 jam sehari, mengaji 10 kali khatam sehari, tapi berhubung dengan manusia dengan hubungan yang baik. Bila jumpa DotDot and the gang, melemparkan senyum, bukan geleng kepala.
Daei yang sebenar berdakwah untuk agama, bukan untuk dirinya. Dia tahu dia juga akan dihisab nanti. Dia pun tahu, dia tak semestinya terlepas dari seksa api neraka. Jadi, apa yang dilakukan adalah atas dasar memegang amanah Allah untuk menyebarkan agama Islam, bukan nak tunjuk best kat orang. Mentang2 la pakai jubah tudung labuh nak orang hormat as solehah, whateverlah. Tidak tidak.. seorang daei takde perangai macam tu.
Saya bersetuju dengan pendapat M-I-O yang menyatakan bahawa gagalnya dakwah kerana tiada kepersamaan antara pendakwah dan objek dakwah. Tapi sebenarnya, sebenar2nya, si pendakwah yang disebut itu bukanlah pendakwah yang sebenarnya. Tak layak dipanggil pendakwah kalau secara langsung atau tak langsung, mencaci orang lain, dan makin membuatkan orang lain jauh dari apa yang nak disampaikan. Mereka inilah golongan pemfitnah agama, yang membuatkan orang memandang serong kepada agama Islam.
Kalau kita lihat pendakwah2 terkenal, mahupun pendakwah2 kecil2an, mereka ni adalah orang2 yang ramah, yang mengambil berat, yang ramai kawan, yang berfikiran terbuka, yang universal, etc. Itulah pendakwah sebenarnya, si pengajak kepada kebenaran agama Islam.
Sekarang ni, dengan adanya teknologi internet ntah ape kebenda, wasilah dakwah tu menjadi lebih mudah lagi. Tulis blog pun boleh berdakwah. Dakwah ikut pengetahuan masing2 lah. Kalau pandai pasal parenting, dakwahla pasal parenting. Ilmu kita ni, bukan milik kita untuk simpan & bangga2. Ia adalah ilham dari Allah untuk kita sampaikan kepada orang lain. Kita ni cuma wasilah-Nya saja.
Contoh seruan dakwah yang paling indah ialah, azan. ‘Hayya ‘ala ssolah, hayya ‘alal falaah’, -marilah menunaikan solat, marilah menuju kejayaan-. Dan ia bukannye ‘pergilah solat, pergila menuju kejayaan’. Renung-renungkan dan selamat beramal, ceduk dari Prof Izzi Haji Ali :D

0 Response to "Cara Dakwah Yang Berkesan"

Bagaimana untuk Menjana Kewangan Persatuan?

QURAN ONLINE

DONATION

TAFSIR AL-QURAN

Click here to Download a Quran in your Language!

FACEBOOK GROUP

WAKTU SOLAT

Prayer Times Widget by Alhabib. Salat times for any place on earth.